H1N1 menyerang lagi…

H1N1 Menyerang Lagi!!!

KUALA LUMPUR – Seorang wanita berusia 22 tahun mati Ahad lepas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan kerana jangkitan Influenza A (H1N1).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, wanita itu dimasukkan ke HUSM pada 15 Februari lepas kerana mengalami demam dan batuk selama lapan hari.

Mangsa telah mendapat rawatan di klinik swasta dan dirujuk terus ke HUSM pada hari yang sama.

Wanita itu disahkan sebagai dijangkiti jangkitan H1N1 pada 16 Februari dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat komplikasi jangkitan paru-paru keesokan hari.

“Pesakit meninggal dunia dua minggu kemudian dengan penyebab kematian dicatatkan sebagai ‘septicemic shock with acute respiratory distress syndrome secondary to H1N1 infection’,” kata Tiong Lai dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, angka kematian tempatan akibat H1N1 ialah 77.

Beliau berkata, walaupun jangkitan H1N1 dikatakan sebagai ”secondary” dan penularannya masih rendah namun ia boleh menyebabkan kematian jika rawatan awal tidak diambil. – Bernama

Manusia semakin KEJAM!!

Semalam tengok berita di tv3 …
terkesima dan terperanjat aku tengok berita yang disiarkan…
ade jgk manusia kejam sebegitu rupa..
kenapa budak kecik dan bayi yang jadi mangsa ….

Anak mati didera kekasih ibu

Syafia Humairah Sahari, 3thn
comey plak tu.. ;(

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di kediaman mereka, di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam kelmarin.
Read the rest of this entry »

~ Salam Maulidur Rasul ~

Salam Maulidur Rasul kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam dan juga kepada semua sahabat-sahabat semua. Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan amalan ibadah kita dan berselawatlah ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad  sebanyak mungkin..=)

Read the rest of this entry »

Hubungan Suami Isteri…

Kita perlu memahami bahawa hubungan suami isteri itu dipengaruhi oleh sekurang-kurangnya 3 perkara :

1). Aspek diri suami seperti niat, sikap, tabiat, perwatakan, gaya , kemahiran bercakap dan penampilan diri.

2). Aspek diri isteri seperti niat, sikap, tabiat, perwatakan, gaya , kemahiran bercakap dan penampilan diri.
3). Suasana atau persekitaran seperti masa yang dipilih untuk berkomunikasi, keadaan rumah dan sebagainya.
Read the rest of this entry »

Sampul Rahsia…

td kat opis ade kakak bg nisa 1 sampul…
berdebar2x jgk rase sbb ade BESAR-BESAR tulisan

” URUSAN SERI PADUKA BAGINDA”

ape la salah aku buat…huhu Read the rest of this entry »

8 Cara Menjadi Suami Yang HEBAT!!

PLS ALERT warga lelaki.. hihi

8 Cara Menjadi Suami Yang Hebat

Setiap isteri amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga menolong suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga yang jika suami dan isteri sama-sama dapat memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya, rumah tangga yang sedia terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi. Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga.

Read the rest of this entry »

Peringatan PDRM :- 21 Tips Halang Penjenayah

Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka). Read the rest of this entry »

Sahabat

for all my friend and readers…

Puisi Untuk Sahabat

Tak mengenal rasa dan bahasa
Jangan pandang ia dari warna
Papa dan kaya bukan bencana
Susah dan senang lalui cerita

Terdiam kita dalam kesunyian
Merenung ia tak kunjung datang
Menangisi kenangan mati dijalan
Seribu keceriaan tak terlupakan

Jagalah kesucian dari sang hitam
Lebih dan kurang jadi bimbingan
Menutupi fitnah jangan berjalan
Jauhkan beban dari sang kelam

Mengapa kita mengotorinya
padahal suci didepan mata
Mengapa hati mesti dikhianati
Bila sang raja benar mengarahi

kredit : http://www.rileks.info/coollist/2009/03/puisi-untuk-sahabat/

Tips kawen lagi.. :)

ha…jumpe lagi tips kawen ni… haha…excited ni …
yang ni lagi details ye kawan2..

LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
•Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
•Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
•Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
•Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
•Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
•Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
•Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.

Bagi pengantin lelaki:
•Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
•Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)
•Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
•Membeli cincin kahwin.
•Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
•Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
•Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
•Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
•Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
•Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
•Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
•Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
Bagi pengantin lelaki:
•Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
•Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.

Bagi pengantin perempuan:
•Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
•Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. (sila klik di sini untuk Panduan Perkahwinan – 8. Wali Nikah) Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.

DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Membeli barang kemas
•Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
•Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
•Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.

TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
•Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Bagi pengantin perempuan:
•Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
•Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
•Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
•Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
•Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
•Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi pengantin lelaki:
•Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.

Bagi pengantin perempuan:
•Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
•Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERNIKAHAN:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.

Bagi pengantin lelaki
•Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
•Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
•Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
•Cincin / gelang tangan / rantai.
•Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
•Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
•Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh Malaysia)
•Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

PADA HARI PERKAHWINAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
•Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
•Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
Bagi pengantin lelaki:
•Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
•Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
Bagi pengantin perempuan:
•Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:

•Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.

List kawen…

Khas ditujukan untuk diriku dan rakan2x yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan..

disebabkan ramai kawan2x yang da selamat dan bakal melangsungkan majlis pertunangan disini nisa kongsikan tips yang nisa jumpe masa google2 cr bahan bahan bacaan … :)

12 bulan b4
1 – bincang dulu ngn pasangan bila nk langsung, tarikh dll
2 – budgetting
3 – location.. location…location
4 – nk katering ke msk sindri

11 bulan b4
1 – bgtau 2-2 belah pihak tarikh yg dipersetujui
2 – g kursus kawin
3 – intai2 bj pengantin
4 – beli hantaran skit2.. pergi yg ada sale la

10 bulan b4
1 – cari pengapit
2 – pilih tema
3 – pilih lokasi ikut bajet

9 bulan b4

1 – kira tamu
2 – booki katering (kalu amik katering la)
3 – pilih photographer

8 bulan b4

1 – tempah location (kalu amik dewan or hotel)
2 – determine jumlah tamu
7 bulan b4

1 – pilih bj kawin
2 – pilih bj pengapit
3 – pilih mak andam

6 bulan b4

1 – tempah kad
2 – contact jabatan agama utk urusan kadi

5 months b4

1 – setelkan urusan persandingan
2 – setelkan urusan perkahwinan (persandingan)
3 – tempah doorgift

4 months b4

1 – beli cincin kawin
2 – siapkan gubahan

3 months b4

1 – pastikan sistem PA lengkap
2 – aturkan penginapan sedara mara
3 – buat medical check up (HIV test dll)

2 months b4

1 – tulis kad pastu hantar kad
2 – test bj ngn pasangan… elakkan rasa tak puas hati
3 – hadiri sesi cuba menu (kalu katering or hotel la)

1 month b4

1 – spa… spa… spa…
2 – cek cincin muat ke tak-penting ni…kang ade plak yg tak muat
3 – pastukan sume mak andam, photographer, DJ dh abis byr
4 – honeymoon preparation dh setel
5 – jgn lupa pilih lagu nnt DJ main lagu dangdut di hari perkahwinan

3 wiks b4

1 – double cek ngn sume yg terlibat dlm perkahwinan anda supaya berjalan lancar
2 – amik bj n perhiasan
3 – g lokasi yg dipilih nk amik mood kawin hehehe

1 wik b4

1 – double cek lg…
2 – setel sume hal keje b4 g cuti
3 – tenangkan hati….

HARI MAJLIS!!!

1 – MKN DULU…
2 – MANDI LAMA2 KASI BERSIH
3 – SUH MAK ANDAM MEKAP CANTIK2 HEHEHEHE…