H1N1 menyerang lagi…

H1N1 Menyerang Lagi!!!

KUALA LUMPUR – Seorang wanita berusia 22 tahun mati Ahad lepas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan kerana jangkitan Influenza A (H1N1).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, wanita itu dimasukkan ke HUSM pada 15 Februari lepas kerana mengalami demam dan batuk selama lapan hari.

Mangsa telah mendapat rawatan di klinik swasta dan dirujuk terus ke HUSM pada hari yang sama.

Wanita itu disahkan sebagai dijangkiti jangkitan H1N1 pada 16 Februari dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat komplikasi jangkitan paru-paru keesokan hari.

“Pesakit meninggal dunia dua minggu kemudian dengan penyebab kematian dicatatkan sebagai ‘septicemic shock with acute respiratory distress syndrome secondary to H1N1 infection’,” kata Tiong Lai dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, angka kematian tempatan akibat H1N1 ialah 77.

Beliau berkata, walaupun jangkitan H1N1 dikatakan sebagai ”secondary” dan penularannya masih rendah namun ia boleh menyebabkan kematian jika rawatan awal tidak diambil. – Bernama

Tags: , , , , ,

Free wordpress themes | Drupal themes | Joomla templates | Free mediawiki themes | Free pligg themes | Web templates" | Customizable Website Templates |

2 Responses to “H1N1 menyerang lagi…”

  1. fitriNo Gravatar Says:

    wah, nauzubillah!

    http://fitridzulkifli.blogspot.com

  2. DANIEL Says:


    Pillspot.org. Canadian Health&Care.No prescription online pharmacy.Special Internet Prices.Best quality drugs. High quality drugs. Buy drugs online

    Buy:Cialis Professional.Zithromax.Cialis.Cialis Super Active+.Propecia.Viagra.Super Active ED Pack.Levitra.VPXL.Tramadol.Soma.Cialis Soft Tabs.Viagra Soft Tabs.Maxaman.Viagra Super Active+.Viagra Professional.Viagra Super Force….

Leave a Reply