aku rase BOSAN!!

bosan..bosan..bosan…

rutin hidup yang sama ….

hurmm… ape yerk nk buat untuk hiburkan hati?

kan bes dlu.. klau bosan ke stress ke

-bole pegi window shopping

-bole pegi pantai

-bole dating

at least dlu dpt la jgk tgk pemandangan luar

huhu~~

skang… klau bosan tgk dinding, tgk treller, tgk kren a.k.a zirafah

nk tgk tv pon signal xbetol…

rase mcm kepala da sempit jer..

mcm kena kepit ngan penyepit…

waa… asalla kna duk dlm pulau ni…

cni..kol 10mlm pon da sunyi.. housemate sume da tdo

pastu esok jalani blk rutin yang sama :

6.30 bgn , 7.15 g keje………5ptg blk keje…6ptg gayut ngan ‘en tunang’ klau die x sebuk….7mlm dinner….lepak2x than tdo…

weekend je aku cr peluang nk kuar dr pulau ni…

tp 2pon ade yg xsenang….salah ke nk blk? slah ker aku nk g hiburkan hati ?

klau dok pulau pon nk watpe?

bkn diri ini tidak bersyukur dgn takdirNYA

tetapi terasa terasing…sunyi..

Valentine.. wajarkah kita sambut??

Read the rest of this entry »

welcome back nisa …

hohoho… sian blog ..

da berkurun da terbiar bersawang…fuh3x da siap labah2x wat sarang  lagi bye2 spider…g la wat sarang kat blog lain plak…

banyak yang berubah dalam ms beberapa bulan ni.

nnt nisa cite k!!..

yang manis,

hanieysha :)

Persamaan sifat kucing dan lelaki

Talking Persamaan sikap antara KUCING & LELAKI

Paparan saya, Tafsiran anda… just for release tensionn..!! ! dont take seriously…

Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis…

Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?

1) Kucing jantan suka dibelai.

~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke…Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.

2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar

~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, “makanan” batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.

3) Kucing jantan kuat tidur

~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu,bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.

4) Kucing jantan kuat merayap

~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan???
TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah “kurung” lelaki.

5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik
~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu,sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.

6) Kucing jantan tak suka dipaksa

~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur,takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.

7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)

~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan…. Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.

8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka

~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasalah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!

9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, “miow, miow mari sini”, (kalau time ia tak lapar),mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated) . Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk,lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.

10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina

~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang
memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la).

Jemput2x….

SaTu MalaYsia

Lagu Malaysia Satu ciptaan Audi Mok dan dinyanyikan Faizal Tahir dipilih menerusi undian rakyat Malaysia sebagai pemenang pertandingan Pencarian Lagu 1Malaysia, menewaskan sembilan finalis lain.

Kemenangan lagu berkenaan berirama rancak dengan lirik nukilan Nur Fatima Abd Wahab, membolehkan mereka meraih hadiah RM25,000. Keputusan pertandingan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Jabatan Perdana Menteri, semalam. berita harian

HePpY BesdaY Mak!!

Happy birthday, Mom!
I hope everyone can see,
What a great mom you’ve always been,
And how much you mean to me. I always think about you,
In times both good and bad,
For the things you taught are with me,
In happy times and sad. On your birthday I wish you joy,
Just like you pass around.
May all your good times multiply,
And happiness abound.

salam ramadhan…

Ramadhan datang lagi..

selamat berpuasa semua..
moga kehadiran ramadhan kali ini membawa seribu satu
keberkatan dalam diri ini…

mohon ampun dan maaf jika saya ade wat salah silap
selamat berpose..

jgn ponteng2 yer!!!….
nnt xleh raye…

Sabda Rasulullah saw.:

“Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan.”

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

“Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga”

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

“Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu.”

amiin…

Negeri-negeri di Pantai Barat banyak korban H1N1

KUALA LUMPUR – Jika anda berada di Johor, Selangor dan Melaka, anda harus lebih berwaspada khususnya di tempat-tempat awam kerana ketiga-tiga negeri itu mempunyai lebih separuh daripada 44 korban kes selesema babi atau H1N1 di Malaysia.

Setakat semalam, bilangan korban H1N1 :

Johor – 10 orang
Selangor -7 orang
Melaka – 6 orang.

Perak – 5
Sarawak dan Kuala Lumpur -4 orang.

Namun, statistik pesakit H1N1 yang diperoleh dari Kementerian Kesihatan mendapati tiga negeri iaitu Perlis, Kelantan dan Terengganu setakat ini tidak mempunyai korban wabak.

Sebagai perbandingan, dua negara jiran terdekat iaitu Thailand setakat kelmarin mencatatkan 97 korban manakala Singapura pula 10 kematian.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu, enam lagi kematian direkodkan semalam membabitkan pesakit yang mendapatkan rawatan dari tempoh 6 hingga 9 Ogos lalu.

“Empat kes didapati mempunyai faktor risiko sama ada diabetis, hipertensi, penyakit jantung atau obesiti,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya semalam.

sumber :Kosmo

Updated!!! 14 mati akibat H1N1

Kes 14:seorang lelaki berusia 57 tahun di Hospital Putrajaya,pesakit yang mengidap penyakit diabetis dan hipertensi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan Selasa lalu akibat demam, batuk dan sesak nafas.

Kes 13 : Terbaru, Mohd Hyafiq Aiman Mohd. Saiful Afendi juga berusia enam tahun, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan

Kes 12 :Seorang lagi kanak-kanak, berusia 6 tahun, meninggal dunia 2.30 pagi ini di Hospital Batu Pahat akibat wabak selesema babi A (H1N1), menjadikan jumlah seluruhnya 12 orang meninggal dunia di seluruh negara sejak dua minggu lalu.

Kes 11 dan 10 :Seorang lelaki 20 tahun dan remaja 12 tahun dari negeri itu – masing-masing menghidap lelah dan kegagalan buah pinggang – menjadi korban terbaru kes selepas kematian kanak-kanak tiga tahun disahkan akibat virus tersebut.

Kes 9 : Mangsa kesembilan Iffah Syazwina Samsuddin dilaporkan meninggal dunia pada 4.30 petang semalam di Hospital Melaka.

Kes 8: Korban kelapan membabitkan seorang guru 51 tahun dari Kuala Selangor yang meninggal dunia Ahad lalu. Sekolah tempat guru itu mengajar ditutup pada 27 Julai.

Kes 7: Korban ketujuh, ibu 24 tahun dari Miri, Sarawak yang baru melahirkan anak sulungnya dua minggu lalu meninggal dunia Ahad lepas.Anaknya bagaimanapun dilaporkan selamat.

Kes 6: Keenam, murid lelaki berusia 11 tahun dari Johor Bahru meninggal akibat komplikasi, 2 Ogos lalu.

Kes 5: Kelima, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Bagan Serai, Perak meninggal dunia Jumaat lalu.

kes 4: Pada 28 Julai lalu, wanita berusia 20 tahun dari Melaka meninggal dunia akibat pneumonia teruk yang dijangkiti dari persekitaran.

Kes 3: Sehari sebelumnya, seorang lelaki berusia 42 tahun mati akibat wabak itu setelah disahkan menghidap selesema A (H1N1).
Si mati yang mengalami pelbagai komplikasi meninggal akibat pneumonia yang serius dengan kegagalan beberapa organ setelah 10 hari mendapat rawatan.

Kes 2: Korban kedua wabak itu di negara ini, lelaki 46 tahun yang meninggal dunia di hospital swasta di Subang Jaya, 26 Julai. Lelaki tersebut dilaporkan mati akibat “pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan bersama kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut” selepas tujuh hari di unit rawatan rapi.

Kes 1: Pada 23 Julai lalu, seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun yang menuntut di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur menjadi korban pertama berkaitan wabak selesema A (H1N1).